Do not copy anything without my permission . The ideas is mine. Allah nampak haha

Saturday 30 March 2013

Mrs Flower and Boss ! 1






Assalamualaikum. Hello. This is my first drama haha. Aku tau tak best ! XD Tapi aku suka haha LOL kbye. selamat membaca.

-Hyomi POV-

Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja. Akhirnya aku dapat juga kerja. Sebelum ini aku pernah bekerja di kedai buku. Tapi tak sampai seminggu aku telah dipecat. Sudah takdir aku untuk dipecat agaknya. Selepas aku bekerja di kedai buku aku bekerja di McDonald. Tapi tak sampai sehari aku dipecat kerana daging hangus. Terukkan aku ni ?

Jadi hari ini aku kena buat kerja ni betul betul. Bukan susah. Hantar bunga je.

Aku pun melangkah masuk ke dalam kedai bunga yang dinamakan "My Dream Florist".

" Cik ni Lee Hyomi ke ?" soal seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30 tahun ke atas kepada aku.

"Ya. Saya pekerja baru puan. " Aku menunduk tanda hormat. Kemudian aku melihat sekeliling. Banyaknya bunga.. Hatiku pun berasa sungguh tenang melihat bunga-bunga itu.

"Jadi betullah cik ni pekerja baru? Perkenalkan nama saya Kim Yun Hae. Saya dah lama kerja dekat sini. Dalam 5 tahun." ujar Yunhae kepadaku. Aku sekadar senyum.

"Baiklah. Harini ada seorang pekerja ni tak datang. Awak boleh ganti kan dia? " Soal Yunhae kepadaku,

"Eh. Mestilah boleh. Saya kan kerja sini ?" ujarku dengan nada yang gembira.

"kalau macam tu baguslah. Tolong hantar kan bunga-bunga ni dekat ShinHwa company." Yunhae mengangkat sebuah kotak yang berisi penuh dengan bunga ros.

"Baiklah puan." ujarku sambil menyambut kotak tersebut.

"Kalau macam tu seya pergi dulu. Ada banyak kerja nak buat ni." ujar Yunhae.

"Okay." ujarku sepatah.





-Author POV-

"Annyeong !" Hyomi menyapa salah seorang pekerja di syarikat tersebut.

"Ni awak ni kenapa ?!!" ujar seorang lelaki memakai suit hitam berserta dengan kemeja putih dah tali leher hitam.

"Maaf saya..." belum sempat Hyomi berkata lelaki itu telah mencampak sebuah fail di atas meja.

"Kau tolong semak balik fail ni. Aku ade kerja nak buat !" ujar lelaki tersebut dengan suara garaunya,

"Tapi encik.."

"Do it ! Now !!" marah lelaki itu.

"Okay boss !" Hyomi menabik kepada lelaki itu. Dia segera mengambil fail tersebut.

"Good." ujar lelaki tersebut lalu pergi.

"Puan. Saya bukan pekerja tempat ni. Kenapa saya kena buat benda ni?" soal Hyomi kepada salah seorang pekerja di syarikat tersebut.

"Cik tak kerja dekat sini ke ? Patutlah muka cik cuak semacam saya tengok tadi. Bagi saya fail tu biar saya uruskan." ujar pekerja tersebut. Hyomi pun menghulurkan fail yang dicampakkan oleh lelaki tadi kepada pekerja tersebut.

"Terima kasih kak."

"sama-sama. Kenapa awak datang sini ?" soal pekerja tadi.

"Saya sebenarnya nak hantar bunga!" ujarku dengan menghulurkan kotak yang berisi bunga.

"Oh. Awak letak aje dekat meja Bos. Dekat tepi tu ha."

"Terima kasih kak." cepat Hyomi masuk ke dalam bilik tersebut. Kemudian dia meletakkan kotak tersebut di atas meja.

"Awak ni kenapa masuk bilik saya sesuka hati ?! Fail tadi awak dah semak ke belum ?!" soal lelaki tadi.

"Encik ! Saya datang sini bukan untuk bekerja ! Tapi..." belum sempat Hyomi menghabiskan kata-katanya lelaki itu telah menumbuk meja dengan kuat.

"Kau banyak melawan kan ?! Pergi buat kopi sana !" lelaki itu megarahkan Hyomi untuk membuat kopi.

"Tak nak ! Saya bukan pekerja tempat ni ! Saya datang sebab nak hantar bunga je !" jerit Hyomi sekuat hati. Lelaki itu hanya terpanar melihat Hyomi menjerit.

"Kau bukan pekerja tempat ni eh ? Habis kenapa tak cakap awal-awal ?!!" marah lelaki itu.

"Saya nak cakap ! Tapi encik potong !" marah Hyomi.

"Apa pulak saya potong ! Kau tu yang lambat cakap !" lelaki itu memarahi Hyomi lagi.

Hyomi hanya tertunduk.

"Encik ni kenapa marah-marah saya ? Saya tak buat apa-apa pun dekat encik." lambat Hyomi bersuara. Nada nya pun lembut. Cair lelaki itu dibuatnya.

"Ermm.." lelaki itu kelihatan gelisah. hyomi ketawa kecil.

"Kalau dah lelaki semua sama ! Cakap lembut sikit dah cair !" ujar Hyomi. Kemudian dia ketawa kuat.

"Hish kau ni ! Keluar daripada bilik aku sekarang !" marah lelaki itu.

"Ya encik. Saya nak keluar lah ni. Tak payahlah marah-marah." ujar Hyomi lalu pergi.

Lelaki itu hanya melihat Hyomi daripada jauh meninggalkan tempat itu. Hatinya berasa panas. Api mula membara. Hanya tuhan yang tahu bertapa geramnya dia pada saat itu.

TO BE CONTINUED







Maaf jika ada kesalahan ejaan ataupun tatabahasa. Aku tau time dari sudut pandangan pertama tu ayat terbengkalai. HAHA mianhae.!